Menu
 
Galleri Laman Web
10 Sebab Mengapa
Anda memiliki laman web
Muka Utama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   
 
10 Sebab Mengapa anda mesti memiliki laman web
 

Langkah pertama menuju ke arah globalisasi
Memasarkan produk dan servis peniaga. Saluran pengagihan tersebut adalah efektif dan efisien kerana tidak dikekang oleh halangan seperti perbezaan zon masa, bahasa, jarak geografi, penembusan pasaran dan sebagainya. Bagi perniagaan tempatan, memiliki laman web merupakan langkah pertama menuju ke arah globalisasi dengan mengutilisasi Internet sebagai alat perniagaan dan komunikasi untuk pertukaran informasi. Justeru itu, kaedah ini merupakan langkah pertama sebelum anda mengimplementasikan model perniagaan e-dagang untuk melengkapi perniagaan berstruktur tradisional.

Kos perbelanjaan untuk laman web yang berkualiti adalah lebih murah dan berkesan
Kos perbelanjaan untuk laman web yang berkualiti adalah lebih murah dan berkesan. Kami menawarkan laman web yang berkualiti lagi kreatif dengan harga yang berkemampuan. Sebelum ini laman web yang sebegitu hanya mempu dimiliki oleh syarikat gergasi kerana kos pembinaan yang tinggi. Kami menawarkan laman web pada kos yang rendah dengan matlamat memberi kebolehan kepada industri kecil dan sederhana untuk menjalankan e-dagang dan mewujudkan e-komuniti di internet.

Kakitangan anda boleh dilatih dan diorientasi menuju ke arah e-dagang
Mengintegrasikan teknologi dalam praktis dan model perniagaan merupakan sumber meningkatkan produktiviti bagi pelbagai syarikat yang berkelas dunia. Langkah pertama bagi sebarang syarikat untuk menggunakanteknologi baru adalah latihan dan orientasi kakitangan. Melibatkan diri dalam Internet membolehkan kakitangan anda memahirkan diri dalam jualan elektronik, prosedur pemasaran, dan strategi e-penjanamaan, ini memangkinkan lagi melengkapi model e-perniagaan dalam perniagaan berstruktur tradisional.

Merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain
Laman web yang berkualiti dengan kos kemampuan membolehkan perniagaan-perniagaan kecil bersaing secara efektif dengan pesaing-pesaing besar yang tradisionalnya memerlukan perbelanjan yang besar dalam media masa seperti pengiklanan cetak, radio dan televisyen. Internet membolehkan persaingan menjadi lebih adil dan saksama kerana lebihan saingan yang biasa seperti saiz, kekuatan dan kewangan bertukar kepada servis yang responsif. Stor elektronik adalah mudah untuk mempromosikan e-jualan, e-pemasaran, atau strategi e-penjenamaan yang tertentu dengan kos yang efektif.

Merupakan teknik pengiklanan yang lebih efektif dan nyata
Dengan laman web yang menarik, pada tempat yang sesuai dan pada masa yang tepat serta menawarkan produk yang menawan akan menerima respon hebat pelanggan. Ini dapat diukur dengan menganalisa jumlah permintaan sesuatu laman atau bilangan kekerapan sesuatu program atau aplikasi didownload oleh pengguna munasabah dengan bertambahnya pengguna Internet secara eksponen. Menurut HYPERLINK “http://www.commerce.net/”www.commerce.net, pengguna Internet di seluruh dunia dijangka sebanyak 349 juta pada tahun 2000.

Merupakan salah satu kaedah yang berkos rendah / bermargin tinggi untuk meningkatkan jualan dan keuntungan
Kemampuan kami untuk mempertahankan kos pembinaan dan kos pemuliharaan laman web yang rendah berpotensi untuk menambahkan kadar jualan yang lebih hebat.

Anda dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih efektif dan segera
Revolusi Internet membolehkan pertukaran informasi berlaku hampir serentak di seluruh dunia. Dengan mempunyai laman web, anda boleh membalas pertanyaan pelanggan melalui e-mel dengan murah dan cepat. Pesanan juga boleh dibuat, diterima dan dipastikan secara online kemudian disusuli dengan penghantaran fizikal. Dengan itu, pengesahan secara panggilan telefon atau feks tidak diperlukan lagi.

Anda seumpana mempunyai pasukan jurujual dan personel pemasaran elektronik yang sedia berkhidmat 24 jam sehari di seluruh pelusuk dunia.
Laman web anda akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh pelusuk dunia. Dengan kata lain, seseorang yang melayari Internet bole “melawat” syarikat dan stor elektronik anda tanpa batasan masa dan jarak. Laman web yang direka dengan baik lagi berkualiti boleh menyampaikan informasi kepada pelanggan berpotensi dengan cepat dan efektif.

Penjimatan kos dari segi penerbitan risalah dan katalog
Kini, katalog dan risalah syarikat anda boleh dihasilkan secara online dan dihantar kepada pelanggan-pelanggan anda melalui e-mel dengan mudahnya. Katalog dan risalah sebegini boleh disimpan sebagai rekod di dalam lam web anda untuk rujukan pada masa depan. Selain itu, Internet juga berkebolehan untuk menghantar dan menerima video, fotografi, imej cakera padat dan sebagainya. Jelas sekali, Internet mempunyai kelebihan berbanding dengan media cetakan tradisional yang memerlukan penghantaran dengan pos.

Akhirnya, pesaing-pesaing anda mungkin sudah memiliki laman web sendiri
Adalah tidak lambat bagi anda memiliki laman web untuk mengikiskan gerakan pertama pesaing anda.